Template by:
Free Blog Templates

Tuesday, July 21, 2009

Tiada mahkamah boleh salahkan kerajaan - Sultan Perak

IPOH 21 Julai — Selagi kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang dan dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan, titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Melainkan terdapat di kalangan hakim yang telah hilang integriti atau memilih untuk turut berpolitik atau bersimpati dengan mana-mana kumpulan atau pemikiran politik, titah baginda.

Baginda bertitah ujian utama dan paling berat kepada para hakim adalah memiliki sifat tidak memihak atau tidak berat sebelah terutama daripada segi emosi dan kecenderungan.

Oleh itu, baginda mengingatkan bahawa peranan kehakiman yang profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak perlu dipertahankan.

“Para hakim mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan integriti mahkamah dan jika mereka gagal memenuhi amanah tersebut akan berlakulah ketidakseimbangan. Kesetiaan para hakim adalah kepada keadilan yang bersandarkan undang-undang.

“Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, para hakim adalah terdedah kepada penilaian umum kerana telah dibina mekanisme di peringkat mahkamah yang lebih tinggi, dengan panel hakim yang lebih ramai untuk menyemak sesuatu penghakiman yang dilakukan,” titah baginda ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan anjuran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Sultan Azlan bertitah, pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.

Baginda bertitah bahawa Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang yang dapat membantu memperkukuh institusi demokrasi.

“Selaku Ketua Negara, Raja berperanan sebagi tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa.

“(Ini merupakan) peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan) demikian juga Raja-raja Melayu yang digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.

“Ini bermakna Raja-raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang namun Beta pernah mengingkatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan,” titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, perbezaan antara yang satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan, tetapi adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan.

“Peranan sebenar seorang Raja Pemerintah itu jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan,” titah baginda.

Baginda turut bertitah semangat utama yang tersirat di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan adalah untuk membangunkan sebuah negara merdeka yang stabil, aman, bersatu padu dan makmur, yang akan dicapai melalui ikatan perpaduan dan penyatuan di antara warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa.

“Perlembagaan itu digubal sedemikian rupa bagi menjamin berlakunya keadilan, memberikan perlindungan secara saksama baik kepada yang kuat mahupun yang lemah, baik kepada kumpulan majoriti mahupun kepada kumpulan minoriti, baik kepada orang yang memerintah mahu yang diperintah, baik yang melindungi Raja begitu juga yang melindungi rakyat,” titah baginda.

Titah baginda telah tercapai kata muafakat bahawa setiap warga Malaysia itu terjamin diberikan perlindungan secara adil - secara saksama, terpahat kesediaan mengakui hakikat bahawa anak peribumi itu amat jauh ketinggalan daripada segi pencapaian sosio ekonomi, kekayaan, penguasaan harta dan kemahiran.

Oleh itu, baginda bertitah bahawa kebimbangan peribumi perlu difahami dan untuk itu orang-orang Melayu demikian juga bumiputera diberikan jaminan melalui peruntukan-peruntukan tertentu yang memberikan mereka keistimewaan.

“Pada masa yang sama orang-orang bukan Melayu yang telah berhijrah ke bumi ini, yang memperlihatkan kesetiaan kepada Raja dan negara, yang mengamalkan sikap ,”di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, diberikan perkenan untuk diterima sebagai rakyat Malaysia,” titah baginda.

Sultan Azlan bertitah Perlembagaan Persekutuan dihasilkan atas semangat rundingan, persefahaman, hasrat untuk membina penyatuan rakyat, dengan matlamat membina sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.

Demi keamanan dan kesejahteraan negara, rakyat hendaklah disemaikan dengan budaya kehidupan yang berlandaskan kepada semangat Perlembagaan - semangat yang menghormati undang-undang serta institusi penguatkuasa undang-undang, titah baginda.

Baginda mengingatkan jika prinsip asas itu tidak dipatuhi lagi dan mahu diketepikan kerana pengaruh budaya luar yang cuba diserapkan, dikhuatiri negara akan terheret kepada satu anarki.

“Akhirnya kelangsungan sejarah negara bangsa, keamanan dan kesejahteraan akan tinggal sejarah,” titah baginda.

— BERNAMA

READ MORE - Tiada mahkamah boleh salahkan kerajaan - Sultan Perak

Kenyataan-Kenyataan Palsu Di Dalam Affidavit Pendakwaan

1. Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara

2. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

2.1 Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

2.2 Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

2.3 Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

2.4 Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

2.5 Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

3. Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

3.1 Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

3.2 Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

3.3 Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

3.4 Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

3.5 Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

3.6 Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.

3.7 Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.

ANWAR IBRAHIM

READ MORE - Kenyataan-Kenyataan Palsu Di Dalam Affidavit Pendakwaan

Monday, July 20, 2009

DNA BAKAL MEMBENAM ANWAR?????


Anwar mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA
Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Julai 20 — Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.
Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.

DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom.

Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.

Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.

DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!

Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.

Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.
READ MORE - DNA BAKAL MEMBENAM ANWAR?????

Bila Katak Pandai Bercakap


Bila sekor katak pandai berkata-kata, maka kita namakan katak itu ibrahim ali. Bila kengkawan katak itu juga turut berkata-kata, kita panggil segerombolan katak…

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pakatan pembangkang tidak sepatutnya melatah dengan mendesak kerajaan membuat pelbagai perkara sedangkan siasatan kes tersebut sedang dijalankan.

”Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan dan sesudah siasatan selesai, jika masih tidak puas hati barulah buat perhimpunan atau tuntutan.

- hai sang katak, kenapa engkau tak sabar-sabar dan suka melompat?

Menurut Ibrahim, tidak ada sebab bagi SPRM untuk membunuh Beng Hock kerana mendiang merupakan aset untuk membongkar penyalahgunaan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

- Hai sang katak, katak yang bernama ibrahim ali, kenapa Altantuya diletupkan sedang dia adalah merupakan aset untuk membongkar penyalahgunaan kuasa bekas boyfren rosmah mansor.

- Hai ibrahim ali@katak, lebih baik engkau diam daripada berkata-kata kerana sesungguhnya itu lebih baik untuk kamu…!!!

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau hairan dengan sikap pembangkang yang selama ini sering mendakwa mereka memperjuangkan keadilan dan menyokong siasatan yang berasaskan fakta dan bukti.

”Namun, dalam insiden kematian Beng Hock siasatan masih berlangsung tapi mereka sudah membuat pelbagai tuntutan dan tuduhan.

- Hi bahalol, rakyat kena buat tuntutan sebab SPRM, Polis sudah terbukti diperalatkan oleh UMNO..!!! Ada faham Bahalol Saifuddin. Sebab kau bahalol lah maka engkau layak jadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, SPRM tidak perlu tunduk kepada ugutan pembangkang supaya menghentikan siasatan berhubung salah laku beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor selagi siasatan punca kematian Beng Hock tidak selesai.

- Mamat sekor ni tahu sangat dah, kongkalikong..!!!

-kerajaan rakyat-

READ MORE - Bila Katak Pandai Bercakap

UMNO membuang masa berkursus.


SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan.

Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut.

AS I SEE IT :

Muhyiddin dan MT UMNO hanya membuang masa menganjurkan kursus-kursus ini kerana yang hendak pergi kursus itu ketua-ketua Bahagian yang ego mereka tinggi seperti contoh yang terbaik ialah Ketua Bahagian Merbok, Tajul Urus, Ahmad Bashah Hanipah, Ketua Bahagian Alor Setar dan Mahazir Khalid.

Mereka yang harus memberi kursus bagaimana menerima wang untuk menang pilihanraya. Bagaimana mengagih projek-projek mega kepada kroni dan bagaimana strategi cantas-mencantas generasi pelapis.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

READ MORE - UMNO membuang masa berkursus.

Era Najib Altantuya : Nyalaan Lilin - Bila Kejahilan Berkurung Di Kepala Seorang Prof. Zuhdi


Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak
READ MORE - Era Najib Altantuya : Nyalaan Lilin - Bila Kejahilan Berkurung Di Kepala Seorang Prof. Zuhdi

Friday, July 17, 2009

MANEK URAI : it does not matter how big you win.


oleh Zouls

http://lh4.ggpht.com/_G4UF_wN334k/SkRu4hi1TXI/AAAAAAAAMgM/tzYcxgMrP28/s800/DSC09694.JPG

it does not matter how big you win.
the winners winning!

Telah 7 pilihanraya kecil selepas PRU Mac 2008. 6 di menangi PR, 1 di menangi BN.

Najib says, yang menang belum tentu menang, yang kalah tak semestinya kalah.

Yang pasti UMNO kalah dan PAS menang.

100 days Najib gagal beri momentum kemenangan buat UMNO. 100 days Najib yang cemerlang hanyalah satu propaganda.

Melayu mudah lupa bagaimana spin doctors melonjakkan imej Pak Lah sebaik memegang tampuk kerusi perdanan menteri dari Mahathir. Di tonjol bersih, slogan mantap 'bekerja bersama saya, bukan untuk saya', di gelar Mr Clean. PRU ke 11 2004 Pak Lah score undi popular paling tinggi dalam sejarah pilihanraya Malaysia mengatasi populariti dan indeks kemenangan kesemua perdana menteri sebelum beliau.

Tapi apa yg berlaku kemudiannya,. UMNO sendiri menolak kepimpinan Pak Lah dan menjatuhkan beliau.

di harap PAS tidak terikut-ikut dengan rentak UMNO tentang majoriti yang kecil.

Dengan segala kerahan machinery kerajaan, siang malam, seluruh menteri berkampung di sana, duit mengalir macam super hi-way, menang 1 undi pun buat lawan UMNO -bagi pembangkang- merupakan satu kemenangan jitu lagi solid.

Kelantan! Umno pernah sebelah kaki hampir2 merampas Kelantan dengan perbezaan hanya 1 kerusi DUN sahaja. Malangnya rakyat Kelantan memutar jarum jam ke belakang buat UMNO semasa PRU ke-12 Mac 2008.

Baik UMNO dan PAS sepatutnya belajar dari sejarah berkenaan.

wsl.
READ MORE - MANEK URAI : it does not matter how big you win.

Thursday, July 16, 2009

Jangan lupa DSAI sekarang dalam bahaya!!!!

Dari malcolm coren

Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir - hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.

Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.

Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah - olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.

DSAI,

Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!

Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI.

Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat.

Izinkan saya memberi kata - kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.

Walk my shoes, just to see
What it’s like, to be me
All be you, let’s trade shoes
Just to see what I’d be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other’s mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you’re sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other’s shoes, at least

DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun.

Suara Rakyat Suara Keramat!!!

READ MORE - Jangan lupa DSAI sekarang dalam bahaya!!!!

MAHKAMAH PUTUS PETANG INI


Permohonan Anwar, Mahkamah Putus Petang Ini

KUALA LUMPUR [12.44 pm] - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan jam 2.30 petang ini terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat yang dihadapinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding pagi ini selepas peguam Anwar, Edmund Bon, Amer Hamzah dan R Sivarasa selesai mengemukakan hujah bagi permohonan mendapatkan dokumen dan barangan berkenaan. Mohamad Zabidin akan membuat keputusan ringkas petang ini sama ada menerima atau menolak permohonan Anwar.
READ MORE - MAHKAMAH PUTUS PETANG INI

Pasca Manek Urai : UMNO Masih Tebal Dengan Rasuah


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan kemenangan tipis Pas dengan hanya majoriti 65 undi pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai disebabkan rakyat kini menolak perjuangan parti itu.

Sebaliknya beliau menegaskan kemenangan Pas itu disebabkan rakyat di Dewan Undangan Negeri terbabit sudah muak dengan gejala rasuah yang diamalkan Barisan Nasional (BN) lalu mereka terus memilih Pas.

“Walaupun menang dengan majoriti kecil, rakyat tidak tolak Pas. Tetapi sebab rasuah" UMNO guna rasuah untuk menang sebab itu rakyat tolak.

“Gejala rasuah berleluasa dalam pilihan raya kecil ini. Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri yang menyebut jika UMNO memang akan dibina jambatan, itu rasuah terang-terang,” katanya pada sidang media, di pejabatnya semalam.

Menurutnya, apa yang dikesalkan Kerajaan Pusat hanya akan membina jambatan baru di DUN Manek Urai jika memenangi kerusi N41 itu sedangkan ia kawasan Kesedar dan Kerajaan Persekutuan boleh membinanya pada bila-bila masa.

Katanya, janji yang ditabur itu hanya untuk mempermainkan rakyat kerana bajet yang dinyatakan bagi pembinaan jambatan berkenaan RM7 juta sedangkan beliau berpendapat projek itu menelan belanja sekurang-kurangnya RM15 juta.

Beliau berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan secara terbuka pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua namun sehingga kini masih terbengkalai.

Mursyidul Am Pas itu turut menyebut mengenai projek sistem pengairan oleh Kerajaan Pusat di Pengkalan Pasir, Pasir Mas yang belum siap sehingga sekarang.

“Banyak lagi pemberian rasuah kepada rakyat sepanjang di Manek Urai yang kita terima laporan seperti wang tunai RM5,000 dipercayai diberikan kepada warga tua, pinjaman RM10,000 pula untuk golongan muda dan sebagainya.

“Oleh itu Pemuda Pas Kelantan sudah membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suhakam dua hari lalu berhubung perkara itu.

Nik Abdul Aziz juga mendesak Kerajaan Pusat mengadakan jalan raya baru antara Kuala Krai dan Gua Musang berikutan kesesakan terus yang dialami sepanjang pilihan raya kecil itu sehingga menyusahkan pengguna.

http://greenboc.blogspot.com
READ MORE - Pasca Manek Urai : UMNO Masih Tebal Dengan Rasuah

65 Undi Yang Membuatkan Pemimpin Umno Sawan Gila Babi. Umno Mendapat Badi!


65 undi yang membuat UMNO sangat marah dan kecewa. Masih kalah, hanya 65 undi? Ini sudah gila, kata mereka dengan kecewa. Semua pembangunan sudah dijanjikan, malah jambatan baru berharga RM7 juta akan mula dibina keesokan hari jika UMNO menang, masih ditolak kebaikan UMNO?

Padahal sudah diberi wang tunai seribu seorang untuk tanam semula getah dan kelapa sawit. Masih tidak berterima kasih? Tetapi walaupun masih ramai orang jahat di Manek Urai yang tolak UMNO, kini sudah ramai pula yang cerdik dan berperangai baik memilih UMNO.

Jadi rakyat (semua rakyat, bukan di Manek Urai saja) sudah menerima semula UMNO sebagai pembela bangsa, dan tahu betapa murah hatinya UMNO kepada rakyat. Dalam pilihan raya 14 Julai 2009 itu, UMNO yang pemurah itu tidak cukup wang, kerana ramai sangat rakyat yang perlu diberi wang RM300 sebagai upah mengundi mereka, yang datang dari jauh untuk pulang memangkah UMNO.

Kalau wang cukup ketika diperlukan, sudah pasti UMNO menang. Bagus juga UMNO tidak menang, satu rahmat bagi UMNO, kerana jika mereka menang dengan membayar RM300 kepada setiap pengundi, maka sudah sah mereka menggunakan rasuah untuk menang pilihan raya.

Sekarang mereka belum sah lagi rasuah, hanya sah menggunakan wang saja. Tetapi itu pun salah faham, bukan betul-betul pakai wang. Kata Ketua Wanita UMNO Kuala Krai, Rohani Abdul Majid (nama ini mesti diingati), wang RM300 itu untuk petugas UMNO yang berkempen untuk calon UMNO, untuk penampal poster, untuk perayu undi dan sebagainya. Wang RM300 (angka ini mesti disebut) untuk kerja sepuluh hari. Kata wanita itu, tuduhan UMNO bayar RM300 itu salah maklumat.

Kerana pekerja UMNO ramai, kita lihat ramai orang berhimpun di sebuah rumah untuk mengambil wang RM300 itu. Tuan rumah, yang tidak bernama, memberitahu “wang politik itu” (dia sebut begitu) daripada Datuk Aziz (gelarannya kepada calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat) untuk pengundi yang pulang dari luar Manek Urai.

Calon dan Ketua Wanita UMNO tidak bercanggah maklumat, hanya memberitahu dengan ikhlas wang memang keluar RM300 seorang. Untuk siapa dan untuk apa fikir sendirilah. Tapi memang ada orang yang dapat wang, yakni yang tahu di mana boleh dapat wang itu. Inilah perubahan besar dalam UMNO, dari tidak mengaku menggunakan wang, di Manek Urai mereka terang-terang mengaku memang menggunakan wang untuk menang pilihan raya.

Inilah kejujuran UMNO satu-satunya yang hanya berlaku di Manek Urai, tidak di tempat lain. Walaupun hanya di Manek Urai UMNO mengaku menggunakan wang, pada hakikatnya wang memang menjadi umpan yang ampuh kepada UMNO, dan digunakan dengan bijaksana sekali.

Itulah perubahan besar dalam UMNO, iaitu pengakuan mereka menggunakan wang, kerana didesak oleh rakyat Manek Urai yang tahu mereka tertipu selama ini. Mereka masih menunggu cerita sebenar tentang penipuan royalti minyak kepada Kelantan, tidak dibangkitkan sepatah pun di Manek Urai, hatta oleh PETRONAS yang membisu hingga sekarang. Tidak seorang pun penganalisis politik yang pandai-pandai memandai-mandai itu menyebut perubahan dan pengakuan UMNO ini, kerana mereka tahu jika mereka bercakap benar mereka akan menerima nasib seperti wartawan TV7 bernama Florence Looi, pengacara “Point of View” di TV7 yang meminta salah seorang tamunya memberi markah kepada PM One Malaysia, dan tamu yang jujur betul bendul itu memberi markah C atau D saja untuk pentadbiran PM One Malaysia dalam masa 100 hari pertamanya.

Hampir-hampir wartawan itu dibuang kerja, tapi yang pasti dia dengan serta-merta diberi tugas kecil saja, sebagai hukuman kerana berani bertanya dan meminta pendapat benar tamunya. Dia memang dilarang mengajukan pertanyaan itu, jadi dia telah melanggar disiplin organisasinya yang tidak membenarkan kebenaran dinyatakan oleh sesiapa sekali pun, kecuali jika kebenaran itu untuk berbohong. Yang penting dalam pilihan raya Manek Urai baru-baru ini bukan kemenangan PAS, walaupun kemenangan itu penting bagi PAS.

Yang penting ialah UMNO tidak berbohong untuk menabur wang, misalnya dengan membina jambatan, memberi wang subsidi kepada penanam getah atau kelapa sawit, memberi derma kepada orang miskin (kata penganalisis yang bodoh di TV ketika mengulas perkara ini, pemberian wang ini membuktikan UMNO jujur dan sangat murah hati untuk membantu rakyat miskin), membaiki jalan raya, memberi derma kepada masjid dan banyak lagi yang dihadiahkan oleh UMNO, tidak hanya 11 Hadiah Rakyat yang diproklamirkan oleh PM One Malaysia sehari sebelum hari mengundi.

Selama ini UMNO menolak dengan keras sebarang tuduhan ke atas mereka bahawa mereka menggunakan wang, dalam bentuk semu (bentuk mimpi, seperti membina jambatan di Manek Urai) atau betul-betul. Kini mereka mengaku dengan ikhlas mereka memang menggunakan wang yang banyak. Hanya mereka masih segan hendak memberitahu berapa banyak wang yang dipakai. Ada anggaran melebihi RM300 juta, ada pula yang baik hati berkata tidaklah sebanyak itu membazir wang untuk kawasan yang diakui akan kalah, jadi angkanya tak sampai pun satu juta. Adalah barangkali RM100 ribu saja. Hanya musuh UMNO, kata mereka, menukar ribu menjadi juta, kerana angkanya tidak berubah.

Mana boleh menipu sampai begitu besar dengan wang rakyat, cacing pun akan marah kerana tempat orang mendapat wang itu dipijak lumat sampai cacing pun lari. PAS pula bagaimana? Memanglah PAS papa kedana, tidak ada wang, jadi mereka lempar batu kepada Puteri UMNO, sampai ada yang patah gigi. Kata ketua UMNO, kami tidak tahu ada dua orang pekerja PAS dari Perak yang dibelasah teruk oleh pekerja UMNO, sampai masuk hospital. Itu hanya khabar angin saja, tidak benar kerana tidak ada bukti. Kami ada bukti orang yang baling batu itu sudah ditangkap polis. Ke mana pun hendak mengelak, kata orang UMNO, yang jahat tetap PAS juga, bukan kami yang tabur wang. Lagi pula kami mengaku, hanya salah maklumat saja.

Tapi itu sudah dibetulkan, jadi kami sebenarnya tidak menabur wang sedikit pun, hanya menabur janji saja (sambil tersengih), macam orang PAS juga. Jadi sudah jelas kami hanya ikut apa yang PAS buat, bukan kami buat betul-betul ... Ada satu cerita yang lebih menarik, yang tidak pernah disebut di mana-mana sekali pun. Ini cerita bohong, tetapi benar-benar berlaku. Ceritanya perihal Tok Guru Nik Aziz beri cuti sehari di Kelantan, yang benar-benar terjadi. Tujuannya supaya semua pengundi Manek Urai yang bekerja di seluruh daerah Kelantan boleh kembali mengundi. Dan mereka pergunakan cuti itu dengan betul, sehingga yang keluar mengundi melebihi 87 peratus.

Lebih ramai ialah pengundi di luar Kelantan, terutama yang bekerja di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar. Bilangan mereka yang boleh pulang kecil saja, untuk mendapat wang RM300 sebagai wang tambang. Jumlah lebih besar tidak boleh pulang kerana mereka bekerja. Inilah cerita menarik yang sangat penting diketahui. Mereka ini tidak dibenarkan pulang. Tidak perlu mengundi. Dulu pun mereka bertindak khianat tidak mengundi UMNO bila dibenarkan pulang dengan mengadakan hari mengundi para hari cuti. Dengan kerjasama SPR, UMNO dengan sengaja (agaknya tidak berniat jahat kerana kejahatan itu sudah dikhaskan kepada Pakatan Rakyat) menjadikan hari bekerja sebagai hari mengundi untuk memastikan PAS kalah.

Tetapi ternyata Tok Guru Nik Aziz lebih cerdik dan lebih berani, lalu menjadikan “peristiwa mengundi di Manek Urai” sebagai hari cuti umum. Walaupun pengundi PAS tidak diberi imbuhan wang, mereka tetap pulang untuk mengundi. Jadi UMNO sudah membuat silap besar. Tidak saja mereka berbohong, mereka dengan sengaja menggunakan kuasa untuk menetapkan hari mengundi pada hari yang menguntungkan mereka. Itu pun mereka kalah. Memang benarlah kata ulama dan orang tua-tua, yang terkutuk dan berniat jahat akan tetap terkutuk selama-lamanya. Tidak ada kata-kata yang lebih manis dari itu, walaupun PAS sudah hilang hampir 2000 majoriti. - Mohd Affandi Hassan

http://kerabubersuara.blogspot.com/

READ MORE - 65 Undi Yang Membuatkan Pemimpin Umno Sawan Gila Babi. Umno Mendapat Badi!

Perbetul arah kiblat kita pukul 5:28 petang ini


Peluang untuk menyemak arah Kiblat melalui kaedah Istiwa’ Utama Matahari di Kaabah pada 16 Julai 2009 jam 5.28 petang

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa’ utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak. Fenomena istiwa berlaku setiap hari di meridian tempatan tetapi hanya dua kali setahun berlaku di titik zenit, dan hanya bagi negeri/negara yang latitudnya antara 23.5° Utara dan 23.5° Selatan (antara garisan Sartan dan Jadi).

Firman Allah dalah Surah Ar Rahman ( ayat 17)

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa dua timur dan dua barat dalam ayat tersebut adalah merujuk terbit dan terbenam matahari pada dua musim berbeza, musim panas dan musim sejuk. Ia secara jelas menunjukkan bahawa matahari terbit dan terbenam pada tempat yang berbeza setiap hari. Berdasarkan maksud ayat di atas juga, jelas bahawa fenomena istiwa (rembang, tengahari, transit, noon) tidak sentiasa berlaku di titik ghayah (puncak kepala, zenith) sebaliknya berubah setiap hari pada garis tengahari (meridian tempatan, local meridian). Istiwa di titik ghayah (istiwa utama, a’adzam) hanya berlaku dua kali setahun.

Malaysia, istiwa mataharinya awal 5 jam sebelum istiwa di Mekah. Justeru, ketika istiwa utama di Mekah/Kaabah, waktu Malaysia adalah 5.16 petang pada 28 Mei, dan 5.28 petang pada 16 Julai, setiap tahun. Pada tahun lompat, tarikhnya adalah pada 27 Mei dan 15 Julai. Namun penggunaan bayang matahari sebagai rujukan arah menyebabkan perbezaan arah pada dua tarikh tersebut adalah kecil.

Tarikh & Masa:-
28 Mei 2009 ( 5.16 Petang )
16 Julai 2009 ( 5.28 Petang )

Apabila istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

kiblat3

Detik istiwa utama ini membolehkan negeri/negara yang dapat melihat matahari ketika itu, menggunakannya sebagai panduan terbaik menentukan arah kiblat masing-masing.

Bagi Malaysia, detik tersebut adalah pada jam 5.16 petang setiap 28 Mei, dan 5.28 petang setiap 16 Julai. Untuk tahun lompat, tarikhnya diawalkan satu hari. Namun tarikh dan masa tersebut tidak memberikan kesan besar sekiranya penentuan dilakukan melalui kaedah petunjuk bayang matahari.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

Kaedah 1

kiblat1
Kaedah 2

kiblat2

http://muttaqim.blogspot.com

READ MORE - Perbetul arah kiblat kita pukul 5:28 petang ini

Wednesday, July 15, 2009

Pemimpin UMNO Sapu RM20 juta,Projek Jambatan Sultan Yahya Terbengkalai

Email Oleh :mohd abdul wahab b sulaiman sulaiman

Written by SM Noor

Kuala Nerus – Gejala rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO mengakibatkan kebocoran dan ketirisan berlaku dalam projek kerajaan.

Projek besar dan kecil ditipu oleh pemimpin UMNO menyebabkan ia menelan belanja lebih besar dari yang sepatutnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring malam semalam.

Beliau mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO Kelantan dalam projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2 (JSYP2) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Ogos tahun 2007.

Beliau berkata projek tersebut tidak ditender dan diberi kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail.

”Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat telah memberi kontrak membina jambatan ini kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu dengan harga RM 150 juta,

”Kita (PAS) bila tahu, kita tanya JKR berapa harga sepatutnya sebenarnya mengikut penilaian JKR,

”JKR kata harga sebenar jambatan ini, kalau diberi secara tender (terbuka) paling mahal berharga RM 110 juta,”katanya.

Katanya kelulusan projek JSYP2 hampir kepada waktu pilihanraya umum yang lalu dimana perasmian pecah tapak projek tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri tanpa menjemput Menteri Besar Kelantan.

Oleh itu, setelah perasmian tapak tersebut, katanya, syarikat berkenaan telah menuntut bayaran daripada kerajaan pusat lebih dari RM 20 juta.

Beliau berkata apabila mendapat bayaran dari kerajaan persekutuan, syarikat tersebut tidak meneruskan pembinaan JSYP2 dan terbengkalai sehingga kini.

”Akhirnya dia telah tuntut sebanyak lebih dari RM 20 juta, lepas itu dia pun tinggal (projek), tidak buat, sampai ke hari ini tidak buat, pitih RM 20 juta dia kebas,

”Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu beli kereta Porsche sebuah, nombor plate DBH1, yang harganya lebih sejuta ringgit,”dedah Ustaz Wan Ismail.

Katanya projek pembinaan JSYP2 yang terbengkalai adalah satu bukti bagaimana pemimpin UMNO menipu kontrak kerajaan.

”Dahlah boleh (mendapat) kontrak dengan harga yang mahal, tipu kerajaan pula, ambil pitih tapi tak buat kerja,”tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan (rakyat) terpaksa menanggung kerugian bepuluh juta ringgit kerana terpaksa melantik kontraktor lain bagi melaksanakan projek itu dan wang lebih RM 20 juta yang telah diberikan kepada syarikat tersebut tidak dapat dituntut semula.

Last Updated on Sunday, 12 July 2009 06:32
READ MORE - Pemimpin UMNO Sapu RM20 juta,Projek Jambatan Sultan Yahya Terbengkalai

Menang tipis! Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai

PAS menang tipis dengan undi majoriti 65. Jangkaan menang lebih daripada daripada 2,000, kata Pengarah Pilihanraya PAS, Haji Abdul Fatah Haron.


Mengejutkan! juga kerana PAS dapat bertahan serangan saat-saat akhir jentera BN dengan kekuatan kewangannya. Setengah penganalisis berpendapat, jika ditambah dua tiga hari kempen lagi, kemungkinan besar PAS akan tewas.

Kempen saat akhir Umno/BN (politik wang, perkauman) berjaya menurunkan jumlah undi yang diperolehi PAS. Walau apapun kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka.

Bagaimanapun PAS Kelantan akan membuat bedah siasat terhadap kemerosotan majoriti yang diperoleh parti kerana hanya mampu menang dengan 65 undi berbanding majoriti 1,352 undi pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau yang menyifatkan kemenangan dengan majoriti tipis adalah sesuatu yang luar biasa, bagaimanapun Pas bagaimanapun berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada parti itu untuk mewakili mereka walaupun undi tipis.

Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.

“Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya.

Husam menolak dakwaan kemunculan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menyebabkan kemerosotan undi yang diperoleh Mohd Fauzi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, sebelum inipun mengakui BN memberikan saingan sengit terhadap Pas dalam pilihan raya kecil kali ini sehingga menyaksikan kemenangan yang dicatatkan oleh parti itu begitu tipis.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Pas perlu membuat bedah siasat bagi mengenal pasti punca parti itu gagal meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar seperti Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sementara itu, Mohd Fauzi menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan kepada perjuangan Islam.

“Saya berterima kasih kepada semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan jentera parti yang bersama dengan saya dalam perjuangan ini.

“Saya berjanji akan memberi khidmat untuk semua rakyat di seluruh Manek Urai,” katanya ringkas selepas diumumkan pemenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N41 Manek Urai, Adnan Husin, pada jam 9.10 malam tadi.

jiwo kelate

READ MORE - Menang tipis! Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai

UMNO SELAMAT DITALKINKAN DI MANEK URAI


Alfatihah....
Oleh: Mandor.blogspot.com

ALFATIHAH. Maka, secara sahnya Umno berjaya juga ditalkinkan di Manek Urai walaupun mengalami `kecederaan ringan' hasil pertarungan dengan Pas, namun sudah cukup untuk membuatkan Umno bersemadi di kawasan majoriti Melayu Islam itu. Kecederaan parah atau tidak tidak lagi penting, yang penting Umno berjaya ditamatkan riwayatnya sepertimana yang dijanjikan oleh Pas dan PR di Manek Urai. Maka, lengkaplah jaringan kemenangan 6 - 0 buat Pas memalukan Umno di Semenanjung termasuk di Penanti yang mana Umno langsung tidak `berketik' untuk melawan. Kemenangan dengan hanya majoriti 65 undi sudah cukup untuk Pas mencacakkan batu nisan Umno di Manek Urai.

Kemenangan Pas di Manek Urai lebih bergaya kerana ramai yang terfikir mana mungkin Pas boleh mempertahankan kerusi Dun Manek Urai kerana hampir 100 % pengundi di sana adalah Melayu yang Umno dakwa semakin menyokong parti tersebut. Bertambah lagi Pas sebenarnya bukan sahaja berdepan dengan Umno tetapi turut berdepan dengan jentera kerajaan. Saban hari siang dan malam media kerajaan digunakan berkempen untuk Umno dan memburukkan Pas di Kelantan sehinggakan RTM terpaksa mengadakan satu siri atau slot khas tentang Pakatan Rakyat yang dikatakan semakin retak itu. Akhir sekali, Umno terpaksa memainkan air liur mereka untuk berjanji bermacam janji kepada penduduk-penduduk di Manek Urai sehinggakan terpaksa menyogok sebuah jambatan bernilai 7 ke 10 juta jika Umno menang. Itulah yang dihadapi oleh Pas dan PR di Manek Urai.

Dari segi lojik mustahil Pas boleh menewaskan Umno dengan keadaan sedemikian, apatah lagi Umno mengemukakan calon mereka yang bertaraf profesional dan bijak pandai itu. Manakala Pas mengambil risiko dengan menampilkan calon rakyat biasa yang hanya berpengalaman di dalam perniagaan sebagai Peraih Ikan. Maka, pada awal kempen Umno di Manek Urai calon Pas ini telah diperlekehkan. Tidak cukup dengan itu, sehinggakan MB Kelantan juga turut diperlekehkan oleh mereka serta dibantu juga oleh raja katak dari Pasir Mas yang tidak mengenang budi itu. Tidak lupa kita bagaimana Shahrizat Jalil memperlekehkan Kelantan dengan menyatakan Kelantan adalah negeri termiskin di negara ini sedangkan semua mengetahui bahawa Kelantan bukan berada di tangga pertama, kedua atau ketiga termiskin.

Atas semua tekanan ini, Pas masih mampu bertahan dengan mengharapkan bantuan dari Allah SWT di samping mengharapkan sokongan rakyat yang masih mempunyai harga diri dan maruah mereka untuk menyokong Pas di dalam pilihanraya kecil ini. Ternyata usaha Pas berbaloi kerana majoriti rakyat di Manek Urai tidak `lapar' kepada bayang-bayang `jambatan emas' tersebut. Jika Pas menang walau hanya kelebihan 1 undi sekali pun sudah cukup untuk membuat Umno derita sepanjang hayat. Umno sudah tidak mampu hidup tanpa talian hayat mereka iaitu `3 M' (Material, Machinery, Media). Tetapi di Manek Urai kali ini, talian hayat mereka hanya sekadar cukup untuk meringankan luka yang dialaminya daripada cedera yang lebih parah. Apabila ajal sudah sampai, ianya tidak kira samada luka itu parah atau ringan.

Esok, pastinya media mereka akan heboh memperkatakan Umno sudah semakin kuat kerana berjaya mengurangkan majoriti Pas di Manek Urai. Ibarat orang bertinju di dalam gelanggang, jika dahulu Umno tumbang di pusingan pertama, kali ini Umno hanya tumbang di pusingan kedua setelah dibantu dengan senjata-senjata dari luar yang dibenarkan pula oleh pengadil perlawanan untuk dibawa masuk ke gelanggang. Itukah yang dikatakan Umno semakin kuat? Jika Umno yakin sememangnya parti tersebut sudah betul-betul hebat dan kuat, ayuh, bubarkan Dun Perak pula selepas ini. Adakah Umno berani berbuat demikian? Jawapannya, kirim salam kalau Umno berani.
READ MORE - UMNO SELAMAT DITALKINKAN DI MANEK URAI