Template by:
Free Blog Templates

Tuesday, June 30, 2009

Eksklusif: Gara-Gara Publisiti Isu Saman, Pahang Daily Online Bakal Buat Saman Balas RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari !!

Susulan kenyataan "angkuh" oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau telah difitnah oleh blog ini, maka atas dasar kemanusiaan dan keyakinan maka pihak kami tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap beliau dalam masa terdekat ini. Dalam laporan polis dan kenyataan terdahulu Saiful dan peguamnya, beliau secara jelas menyatakan Pahang Daily Online (PDO) telah menfitnah beliau berhubung dengan laporan "penyakit misteri"nya. Pihak kami telah dikecam hebat oleh ramai pihak berhubung dengan perkara itu. Malah banyak email yang diterima dari kalangan pembaca seluruh dunia yang mengutuk tindakan kami. Malah, apa yang lebih aneh ialah tindakan pihak polis yang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang begitu cepat dan pantas menghantar beberapa orang pegawai mereka untuk menyiasat salah seorang Krew Editor kami di Kuantan iaitu Blogger Cucumatkilau beberapa hari selepas laporan dibuat. Siasatan yang dilakukan lebih lima jam itu jelas sekali menumpukan kepada siapakah yang telah menulis enam artikel yang dikatakan menfitnah Saiful itu. Soalnya sekarang, pihak polis begitu "drastik" dan cukup cemerlang dalam tindakan mereka ketika itu. Malah, siasatan itu lebih menjurus kepada "membantu" Saiful menyediakan bukti-bukti bagi membolehkan beliau menyaman pemilik blog ini.
Tambah mengecewakan ialah pihak polis juga dipercayai telah masuk dan menggeledah secara "berhemah" rumah Cucumatkilau ketika itu, biarpun tanpa menunjukkan waran geledah yang sah. Mereka juga kemudian telah merampas dua buah PC "hard disk" komputer daripada sebuah siber cafe yang sering dikunjungi oleh Cucumatkilau. Biarpun beliau tidak ditahan dan hanya siasatan biasa dilakukan. Namun, ianya jelas sekali merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Malah, selepas kejadian itu juga Cucumatkilau telah membuat laporan polis terhadap Saiful berhubung dengan tindakan berkenaan. Namun, pihak polis sehingga ke saat ini masih belum membuat sebarang siasatan malah mengambil serius kes tersebut. Seolah, hanya laporan Saiful sahaja yang benar dan diterima oleh pihak polis. Lain-lain laporan yang dibuat terhadap dirinya semuanya akan dianggap fitnah. Hinggakan pihak polis masih menerima pakai laporan yang dibuat oleh Saiful kononnya beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sedangkan laporan Hospital Pusrawi dan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan jelas dan menunjukkan bukti kukuh dirinya tidak pernah diliwat oleh sesiapa. Untung benar menjadi manusia seperti Saiful Bukhari Azlan ini sebenarnya. Gara-gara beliau berada dipihak "seteru Anwar" maka segala kenyataannya dianggap benar belaka biarpun ternyata ia palsu dan dusta semata-mata. Inikah dia imej pihak polis di negara kita yang kononnya cekap, adil dan telus?. Apakah agaknya yang dipelajari oleh mereka ketika di Maktab Polis atau Pusat Latihan Polis di seluruh negara selama ini?.




Laporan siaran muka hadapan Sinar Harian tentang PDO tunggu samanJusteru itu atas dasar keadilan, pihak kami akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu. Saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini. Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta terhadap blog ini. Malah, beliau juga telah mewar-warkan kepada pihak media tentang perkara ini sehingga menyebabkan berlaku banyak kekeliruan kepada pembaca setia blog ini. Seolah-olah kami telah melaporkan satu perkara yang tidak benar tentang Saiful berhubung dengan penyakit misteri yang dialaminya itu. Laporan kami dibuat selepas beliau membuat akuan "sumpah laknat" di Masjid Wilayah pada tahun lalu. Terdapat beberapa artikel yang telah disiarkan tentang perkara itu, setelah maklumatnya diterima daripada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat Saiful sendiri. Saiful selepas itu muncul selepas beberapan bulan artikel itu disiarkan, dan dengan bangganya mengatakan beliau sihat walafiat. Sedangkan laporan yang kami terima beliau memang sudah "termakan sumpah laknat" . Kami juga tidak hairan bila beliau muncul di kaca TV dan menerangkan kononnya beliau sihat dan tidak sakit. Ini kerana dalam laporan berkenaan juga pihak kami dengan jelas menyatakan bahawa beliau memang menjalani proses perubatan di sana-sini bagi memulihkan penyakitnya. Maka, bila ia agak pulih sekejap Saiful kemudian muncul dan mendakwa dia sihat. Selepas itu beliau kembali berubat dan melalui proses yang amat "sulit" dan "misteri", kerana lokasinya adalah dirahsiakan atas faktor keselamatan.


0 comments:

Post a Comment