Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, June 24, 2009

MANEK URAI - UMNO SUDAH FIKIR HABIS KE?

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai tidak beberapa hari saja lagi. Umno sudah mula berkampong dan telah mula belajar jadi orang kampong. Yang tidak pernah menoreh getah mula belajar menoreh, yang tidak pernah ke surau masjid mula berjinak-jinak ke sana, dan yang selama ini amat liat untuk belanja secawan kopi sudah mula belajar bersedekah. Manek Urai banyak mengajar pemimpin Umno.

Tetapi, ikhlas saya ingin menasihatkan Umno agar berfikirlah semasak-masaknya sebelum mengisi borang pencalonan di Manek Urai nanti. Tidak sanggup rasanya untuk menyaksikan Umno dimalukan sekali lagi di kawasan pengundi Melayu di Manek Urai nanti. Jika sudah orang-orang Melayu sendiri menolak Umno, mana lagi Umno hendak meletak muka? Mungkin Umno akan beralih arah pula ke Sabah atau Sarawak untuk menghidupkan sisa-sisa nyawa yang ada. Tidak mungkin Umno akan berhijrah ke negara lain seperti Mongolia pula.

Oleh yang demikian, ambillah keputusan yang bijak yang boleh menyelamatkan maruah parti Melayu itu. Jika ingin juga menguji pengaruh, Umno boleh meletakkan sesiapa sebagai calon Bebas bagi mewakili Umno. Jika kalah pun, tidaklah terasa malu sangat. Mungkin ada lagi seorang dua di Manek Urai yang boleh berlakon seperti `Minah Ronggeng' di Penanti. Tetapi jika Umno teringin juga bertanding, saya cadangkan calon terbaik adalah raja sesumpah Ezam Mohd Noor. Tentu ramai teman-temannya boleh membantu termasuk raja katak Ibrahim Ali. / wfauzdin.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment