Template by:
Free Blog Templates

Sunday, June 28, 2009

SURAT NIK AZIZ KEPADA NAJIB RAZAK

SEHARI dua ini Tok rasa sampailah surat Datuk Nik Aziz Nik Mat ke tangan Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Mursyidul Am Pas, draf surat kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu telah siap, hanya menunggu masa untuk dihantar.Bukan surat cinta, tetapi surat menjemput Najib untuk satu debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara dua parti Melayu tersohor itu.Menurut Tuan Guru, kemelut Pas-UMNO – paling akhir tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung ucapan Menteri Besar Kelantan yang berbaur hasutan – tidak boleh diselesaikan hanya menerusi media. Perlu ada perbincangan secara berdepan.Apa yang menarik perhatian Tok ialah pelawaan untuk berdebat dan berbincang secara terbuka antara parti cap bulan dan parti cap keris dibuat hanya beberapa hari setelah Pas menutup pintu hatinya untuk berbincang dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan.Orang No.1 Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mulanya beria-ia mencanangkan idea kerajaan perpaduan – sehingga terjadi percanggahan pendapat dalam parti Islam itu – akhirnya menegaskan tidak mahu bincang lagi dengan UMNO/BN mengenai perkara itu. Tutup kes.Nik Aziz adalah orang yang paling menentang idea Hadi. Puak yang menyokong Hadi, termasuk Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa juga dihentam oleh Tuan Guru. Sebab terlampau marah Tuan Guru minta Nash keluar Pas.Sekarang semua sudah okey. Idea Hadi tidak menjadi kenyataan, dan Nas sudah boleh berpeluk semula dengan Tuan Guru. Apa-apa pandangan berbeza dan serabut-menyerabut dalam Pas mengenai kerajaan perpaduan, semua sudah beres.Maka, tiba-tiba sahaja Mursyidul mengajak Najib berbincang dan berdebat. Pada Tok idea Nik Aziz seakan sama dengan idea Hadi. Sebutlah apa sahaja istilahnya – bincang, dabat, dialog – matlamatnya tidak jauh beza dengan apa yang diilhamkan oleh Hadi, iaitu untuk bersalaman dan bersemuka dengan UMNO.Sama ada idea Hadi atau hasrat terkini Nik Aziz keduanya adalah untuk kebaikan. Berbincang sesama saudara Islam tentulah amat digalakkan, lebih-lebih lagi untuk meredakan pertikaian dan perbalahan.Najib dan pemimpin-pemimpin kanan UMNO dulu amat positif dan menyambut baik cagangan kerajaan perpaduan. Najib pernah kata “niat Pas baik dan ikhlas” sebab itu UMNO sedia berunding. Tok harap hasrat Nik Aziz untuk berbincang pun diambil cara positif oleh Najib & Co.Dan, harap juga Pas betul-betul ikhlas. Jangan pula nanti sudah canang dan bersorak riuh sekampung tup-tup Tuan Guru kata tidak jadi hendak berdebat dengan UMNO. Adapun perihal Pas hendak berdebat dengan UMNO sudah selalu disuarakan. Tetapi biasanya setelah hangat sakan, tiba-tiba tidak jadi. Bak kata orang, ‘potong stim’. Maka Tok harap kali ini tidak ada lagi ‘potong stim’ sebaliknya ‘stim sokmo-sokmo!’- Tok Perak

0 comments:

Post a Comment