Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, July 1, 2009

1Malaysia dan Manek Urai: Najib BN baru sedarkah? – Anuar Tan


Dasar Membangun Bersama Islamyang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun.

Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu.

"Konsep 1Kelantan dibuktikan apabila masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman damai. Mereka seperti satu keluarga.

"Keadaan itu berlaku kerana Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal lagi menekankan semua manusia adalah sama kerana berasal dari Nabi Adam dan Hawa.”

Beliau berkata, konsep 1Kelantan kini diterima pula rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada pilihan raya umum lalu setelah berjaya menolak kerajaan BN.

http://buanadunia.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment