Template by:
Free Blog Templates

Monday, July 13, 2009

BN Pancing Undi, Salahguna Kuasa


Janji yang diberikan Barisan Nasional (BN) menjadikan Manek Urai sebagai kota agropolitan moden sekiranya parti itu menang pilihan raya kecil itu, adalah kesalahan salah guna kuasa kerana janji dibuat untuk memancing undi rakyat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya berkata, perkara itu sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk membawa Manek Urai dalam arus pembangunan negara.

“Kerajaan Pusat seharusnya bantu Kerajaan Negeri jika mempunyai tanggungjawab bersama dan bukan hanya berjanji untuk melakukannya sekiranya mereka (BN) menang.

“Kerajaan Pas boleh membuat aduan terhadap perkara ini kerana BN telah salah guna kuasa mereka dengan meletakkan syarat untuk peroleh kemenangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji akan membina sebuah jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama di Kampung Manek Urai Lama dan menjadikan kawasan itu kota agropolitan sekiranya BN memenangi kawasan itu.

Latheefa berkata, tindakan dan pengumuman yang dibuat kerajaan BN itu tidak seharusnya berlaku pada saat waktu pilihan raya kecil, sebaliknya ia perlu di buat lebih awal.

“Rakyat jangan tertipu dengan janji atau sebarang pengumuman terhadap perubahan yang akan dibuat kerana sebelum ini pun banyak yang BN telah janjikan,” katanya. -SH

0 comments:

Post a Comment