Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, July 1, 2009

MP Padang Serai Terima SMS Ugutan Bunuh

MP Padang Serai Terima SMS Ugutan Bunuh
MP Padang Serai, N Gobalakrishnan (PKR) hari ini mendakwa menerima 2 SMS berunsur ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali. Beliau mendakwa, sms pertama diterima beliau kira2 pukul 12.47 tengah malam tadi manakala yang kedua pada pukul 6.48 pagi ini.Sms yang pertama berbunyi: "Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha".Sms kedua pula tercatat: "Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX."Beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap pihak polis dapat menjamin keselamatan beliau dan keluarganya. Beliau berkata, "Pihak polis sudah datang ke Parlimen pada jam 11.45 pagi tadi dan yakin ini bukan sms gurauan berikutan tiada penerangan lanjut mengenainya daripada si pengirim itu. Apabila saya cuba menghubungi talian itu semula, ia masuk ke peti pesanan suara. Saya tidak ingin perkara seperti ini meningkat di Manek Urai nanti dan jika ia berlaku satu lagi PRK terpaksa dijalankan lagi,".

http://ppmas-proreform.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment