Template by:
Free Blog Templates

Friday, July 3, 2009

Pertembungan antara Islam dan Thagut ?? - TGNA



Salam Islah,

Semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kita semua serta menjadikan kita senantiasa bersangka baik dengan pimpinan perjuangan dan jamaah yang kita dokong (baca: PAS).

Saya terbaca beberapa kritikan, pandangan serta tulisan kawan-kawan serta sahabat-sahabat kita dalam beberapa blog berkenaan tindakan Pemuda Pas Pusat mengajak (baca: cabar ajak debat) Pemuda UMNO untuk bertemu dalam arena “Hujjah” dengan tajuk : “Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam”.

Saya gembira dengan sikap terbuka yang wujud antara kita dalam mengkritik dan bersedia menerima kritikan. Sememangnya kritikan itu pedih dan susah diterima. Namun inilah sunnah yang telah Allah tetapkan di muka bumi. Moga adab-adabnya terus terpelihara berkat keihkhlasan kita semua.

Saya melihat wacana ini tidak berlaku dalam gelap. Jadi saya tak nampak masalahnya. Tantawi sendiri sebut, ia mesti diadakan secara terbuka dan kalau boleh mesti disiarkan melalui kaca televisyen. Ini cukup bagus supaya rakyat yang tak pernah hadir dalam ceramah, kuliah dan program PAS serta tak pernah membaca surat khabar PAS (walau diberi percuma sekalipun ) dapat mengetahui dengan jelas di mana titik pemisah antara kedua-dua ideologi perjuangan ini.

Tok Guru Nik Aziz sebut di Kelantan seperti yang tersiar dalam SINAR HARIAN bahawa pertembungan dua parti di Manek Urai bukanlah pertemua antara dua calon, akan tetapi ia adalah pertembungan antara dua ideologi! . Antara Islam dan thagut, antara hakikat Islam dan saki baki tinggalan jahiliyah.

Nah! Wacana inilah medan pemerkasaan dakwah kita. Debat dan wacana terbuka untuk menentukan siapa pejuang Islam sebenar. Tidak timbul soal menyambung talian hayat UMNO dan Pemuda PAS jilat ludahnya.

Kita takut Tantawi kalah? Kenapa takut? Kita tak yakin dengan kebenaran yang kita dokong? Janji Allah akan menolong kebenaran kita nak buang kemana?

Pemuda PAS pasti akan sebut kesesatan UMNO seperti yang TGNA sebut. Ini saya yakin. Tolak hudud masuk syurga kah? Halalkan yang Allah haramkan bukankah bertentangan dengan Islam?. Semua ini akan disebutkan dengan hujjah yang diturunkan di langit bahkan sudah barang pasti semua kesesatan UMNO yang bertentangan dengan Islam dalam setiap cabang kehidupan (pendidikan, ekonomi, undang-undang, keadilan, politik) semuanya akan didedahkan kepada semua rakyat terutamanya yang sememangnya tidak pernah dengar suara PAS kerana disembunyi dan dipekakkan oleh UMNO.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar PAS diangkat kemuliaan dan kebenarannya melalui keikhlasan serta ketajaman hujjah para pimpinannya. Moga kalian ditunjuki Allah kepada taqwa dan islah. (link)

0 comments:

Post a Comment